Thursday, November 8, 2012

Azidan Sarudin kekal di Perak



IPOH - Bekas pemain Selangor, Azidan Sarudin menafikan dia telah menandatangani kontrak dengan Pahang bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Azidan, pemain tengah Selangor, sebelum ini menyatakan minat untuk beraksi bersama Perak.

"Saya tidak pernah tandatangani kontrak mewakili Pahang, saya akan beri keutamaan untuk beraksi bersama Perak musim depan," katanya.

Penafian itu sekali gus menyangkal dakwaan bahawa dirinya bakal beraksi bersama skuad Tok Gajah.

Selain Azidan, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) turut mengesahkan bekas penyerang Kelantan, Azlan Ismail bakal menyarung jersi skuad Seladang itu musim depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...