SELEPAS gagal membantu bekas majikannya, MP Muar mara lebih jauh musim ini, Mohd Alafi Mahmud, bertekad mencipta kejayaan lebih baik dalam kariernya sebagai pemain bola sepak prefesional apabila beraksi bersama Negeri Sembilan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pemain berusia 27 tahun itu mahu memastikan aksinya kali ini dapat mencuri tumpuan peminat tempatan kerana berazam berada dalam kesebelasan utama skuad Hoben Jang Hoben yang dibimbing jurulatih dari Portugal, Divaldo Elves.
“Penghijrahan saya ke Negeri Sembilan dengan azam baru untuk membantu pasukan mencapai kejayaan selain menimba lebih banyak pengalaman bagi meningkatkan lagi prestasi. Saya berharap impian melakar kejayaan lebih baik bersama pasukan ini akan tercapai pada musim 2013, apatah lagi dengan kehadiran jurulatih import, Divaldo Elves dari Portugal.
“Saya juga berharap mencipta kejayaan sepertimana yang pernah Negeri Sembilan lakukan ketika menjulang trofi Piala Malaysia pada 2009 dan musim lalu,” katanya semalam.
Kehadiran Mohd Alafi dalam skuad Rusa dijangka akan memudahkan lagi perancangan Elves kerana pemain yang pernah beraksi dengan Pahang ini mampu bermain di beberapa posisi sama ada selaku penyerang mahupun di bahagian tengah.
Menurut Alafi, dia tiada masalah di sebarang posisi mengikut perancangan jurulatih yang lebih memahami situasi dalam pasukan.
No comments:
Post a Comment