HANYA enam daripada pemain import tempatan Sabah yang diuji dianggap menepati ciri-ciri diperlukan, manakala dua lagi masih diberi peluang untuk membuktikan kemampuan.
Dalam pada itu, Safa masih menunggu seorang penyerang dari negara Mali yang beraksi di Liga Algeria untuk diuji bagi mengisi baki satu dari dua kuota pemain import luar negara.
Satu lagi tempat diisi pemain pertahanan dari Wales, Rhys David Weston yang juga bekas pemain Akademi Bola Sepak Arsenal.
“Rhys adalah antara enam pemain luar negara yang diuji setakat ini dan kami berharap pemain dari Mali itu akan memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi memenuhi kuota pemian import luar,” kata Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa), Datuk Osman Jamil.
Osman yang baru-baru ini turut mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan di pejabat Safa, berkata mereka memerlukan penyerang yang mempunyai sentuhan penyudah berbisa kerana ia menjadi antara masalah utama Sabah sehingga terjerumus ke kancah Liga Perdana musim ini.
Menurutnya, proses pembentukan pasukan dilihat lebih ketat terutama dari segi penilaian disiplin, kecergasan dan beberapa kriteria yang perlu memenuhi kehendak pasukan terutamanya ketua jurulatih, David McCreery.
“Selepas menerima laporan ketua jurulatih, kita bersetuju menyenaraikan 16 pemain tempatan Sabah,” katanya.
No comments:
Post a Comment