KUALA LUMPUR - Perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' antara skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam esok, telah ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata sepak mula perlawanan itu bagaimanapun kekal pada 8.45 malam.
"Tiket akan mula dijual mulai 5 petang manakala pintu pagar mula dibuka pada 6.30 petang," kata FAM dalam kenyataan hari ini.
Harga tiket ditetapkan RM20 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. - Bernama
No comments:
Post a Comment