Friday, November 16, 2012

Fahmi anggap kesilapan tak jejas prestasi


Harian Metro

KHAIRUL Fahmi Che Mat dilabel penjaga gol terbaik negara pada masa ini namun kesilapan yang dilakukan pada saat akhir meragut peluang Harimau Malaya meraih kemenangan ke atas Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa semalam.

Namun Khairul Fahmi tidak menganggap kesilapan yang mengecewakan itu akan menjejaskan keyakinan dirinya untuk mengharungi kempen mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki bermula 25 November ini.

“Dalam bola sepak macam-macam boleh terjadi dan kami perlu belajar daripada kesilapan ini. Kesilapan ini memang mengecewakan tapi saya tak boleh terlalu memikirkannya, saya perlu beri tumpuan kepada perlawanan seterusnya,” katanya.


Pada perlawanan di Stadium Shah Alam itu, Khairul Fahmi yang diturunkan oleh Datuk K Rajagobal bagi merehatkan Mohd Farizal Marlias menyaksikan gawang negara dibolosi pada minit akhir oleh pemain gantian Hong Kong Lam Hok Hei.

Gol itu berpunca apabila pemain kelahiran Kelantan itu menolak bola kepada Mohd Aidil Zaquan Abd Razak namun sepakan kembali pemain pertahanan tengah itu kepada Khairul Fahmi agak lemah hingga membolehkan Hok Hei menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-88.

Jaringan pasukan pelawat itu memadam kelebihan awal Harimau Malaya yang memperoleh gol menerusi tandukan penyerang Mohd Safee Sali pada minit ke-58.

“Kesilapan ini berpunca daripada salah faham itu saja, saya harap kami belajar daripada kesilapan ini. Saya harap kami akan bangkit pada kejohanan sebenar.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...