Saturday, November 10, 2012

Azlan pemain kedua Kelantan sertai Perak


Harian Metro

PENYERANG berpengalaman Kelantan, Mohd Azlan Ismail menjadi anggota baru pasukan Perak apabila mengikat perjanjian dengan pasukan Kejor Yob Kejor bagi kempen Liga M, musim 2013.

Pengambilan Azlan, 28, disahkan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin, kelmarin.

“Azlan anggota terbaru kami untuk musim depan. Dia sudah mengikat kontrak dengan Pafa, malah kami sudah menerima Sijil Perpindahan Negeri (SPN) pemain itu daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya .


Azlan 28, kelahiran Tumpat, Kelantan menjadi pemain kedua Cik Siti Wan Kembang selain S Chanturu berada dalam senarai skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah kali ini.

Kehadiran Azlan menjadikannya pemain import tempatan ketujuh selain Mohd Farizal Marlias, V Thirumurugan, Abdul Hadi Yahya, Khairi Kiman dan Yong Kong Yeong., menyertai pasukan Kejor Yob Kejo yang menggugurkan 13 pemain musim lalu.

Pengalaman luas bekas penyerang kebangsaan 2007 itu sudah pasti menjadikannya sebagai aset jentera serangan Azraai untuk digandingkan dengan Chanturu, Mohd Rafiuddin Roddin dan Mohd Failee Ghazali.

Ditambah dengan pengalaman ditimba ketika mewakili Perlis (2006-2007), PDRM (2008), Terengganu (2009), Kedah (2010-2011) sebelum pulang ke Kelantan musim lalu, Azraai Khor nyata mempunyai sebab untuk tersenyum lebar kerana mempunyai lebih banyak pilihan ketika menamakan senarai permulaannya.

Perak yang kini terbabit dalam perebutan pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin dengan Pahang dijangka mendapat khidmat beberapa lagi pemain berwibawa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...