Wednesday, November 14, 2012

Harian Metro


“SAYA tiada masalah dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) cuma mahu berehat,” kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim mengulas keputusannya mahu melepaskan jawatan disandang sejak 2005.

Azman berkata, keputusan untuk berehat itu dibuat bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

“Ini perkara biasa dan saya sudah lama berhasrat untuk berehat tapi hanya menunggu masa sesuai.

“Peluang harus diberikan kepada orang lain yang mungkin dapat mengurus pasukan dengan lebih baik lagi” katanya ketika ditemui selepas sidang media sempena majlis perarakan tiga piala yang dimenangi pasukan itu pada 20 November ini.


Kelmarin, Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa dalam laman Facebooknya mengumumkan Ketua Jurulatih, Bojan Hodak akan turut dilantik sebagai pengurus pasukan musim 2013 menggantikan Azman yang mahu melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun Azman kekal menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung Kafa.

Kejayaan paling manis bagi Azman apabila Kelantan memenangi tiga gelaran, Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia selain berjaya membawa skuad kijang ke suku akhir Piala AFC.

“Ini bukan kejayaan peribadi tapi kejayaan semua pihak yang tidak pernah jemu berada di belakang pasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...