KUALA LUMPUR - Jika saya sibuk memikirkan soal cinta, tidak mungkin saya boleh membantu Kelantan menjuarai treble pada musim ini," tegas penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Selain mempertahankan keputusan mengadakan sidang media perkahwinannya dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Rabu lalu, Khairul Fahmi menggesa para peminat jangan terlalu risau yang fokusnya terganggu dengan urusan peribadi.
Soal saya mengadakan sidang media mengenai perkahwinan ketika skuad ini sedang melakukan persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF tidak perlu timbul.
Apabila menghebahkan tarikh perkahwinan saya pada Rabu lalu, saya fikir ia boleh menutup segala gosip dan perkara-perkara yang sedikit sebanyak mengganggu saya selama ini serta dapat menumpukan sepenuh perhatian dengan skuad negara," katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir skuad negara di Wisma FAM, semalam.
Tambahnya, prestasinya sepanjang musim ini sentiasa berada di tahap terbaik dan berharap tidak ada pihak mempertikaikan yang dia tidak meletakkan kepentingan skuad negara sebagai perkara yang perlu diberi keutamaan.
Sebagai pemain profesional, saya tahu bertindak mengikut keperluan dan fokus saya bersama skuad negara sememangnya 100 peratus!
Malahan pada masa sekarang, saya hanya fikirkan pertemuan dengan Singapura pada hari esok (hari ini) dan mahu membantu skuad negara meraih kemenangan sulung," katanya.
No comments:
Post a Comment