Monday, November 12, 2012

Wan Zack pemain muda terbaik Liga-S

Harian Metro


PEMAIN saya lincah, Wan Zack Haikal Wan Noor berjaya mencuri tumpuan pada musim pertama di Liga Singapura (Liga-S) apabila meraih anugerah pemain muda terbaik dan pemain pilihan peminat pada majlis anugerah Great Eastern-YEO'S Liga-S ke-17 semalam.

Wan Zack yang menjadi tonggak utama Harimau Muda A menewaskan Sho Kamimura (Albirex Niigata) Hafiz Abu Sujad (Courts Young Lions) Stefan Milojevic (Geylang United) dan rakan sepasukan Gary Steven Robbat untuk memenangi anugerah pemain muda terbaik.



Pemain berusia 21 tahun itu juga diumumkan sebagai pemain pilihan peminat menerusi undian yang dibuat menerusi laman sosial Facebook.

Pemilihan Wan Zack itu dianggap tepat berdasarkan sumbangan besarnya membantu skuad kendalian Ong Kim Swee menamatkan penampilan di Liga-S di tangga keempat daripada 13 pasukan.

Dia yang cukup dikenali dengan aksi lincah dan gemar menggelecek pemain lawan itu kini turut mendapat perhatian ketua jurulatih Datuk K Rajagobal yang menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan Piala Suzuki AFF hujung bulan ini.

Wan Zack memiliki pengalaman di pentas antarabangsa bersama skuad Olimpik negara serta mewakili kelab Slovakia, FC ViOn Zlat Moravce secara pinjaman tahun lalu dan menjalani latihan percubaan dengan kelab Divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...