Thursday, May 8, 2014

Baihakki sah tamat kontrak Johor DT

Sumber: Harian Metro
Johor Bahru: Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan kontrak Baihakki Khaizan bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ditamatkan buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada pemain itu beraksi bersama LionsXII bagi baki Liga Super.


“Saya menamatkan kontrak Baihakki untuk sementara saja. Ia bertujuan memberi peluang kepadanya kembali beraksi bersama LionsXII. 
“Tapi Baihakki tidak boleh beraksi bersama LionsXII pada perlawanan menentang kami (Johor DT) pada 20 Mei ini. 

“Karier pemain itu penting dan saya mahu dia terus bermain bola sepak kerana untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan Singapura. Apapun dia akan kembali bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada November,” kata Tunku Ismail.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...