SUmber: Harian Metro
Kuala Lumpur: Selepas dihimpit kontroversi penyerang import dari Brazil Paulo Rangel mahu membuktikan kesetiaannya kepada Selangor dengan kembali mempamerkan sentuhan berbisa untuk membenam Pahang dalam pertembungan dua pasukan teratas Liga Super di Stadium Darul Makmur malam ini.
Sepanjang minggu ini, penjaring terbanyak liga itu mendapat perhatian apabila dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta'zim musim depan yang mengundang rasa kurang senang pihak pengurusan serta peminat Red Giants.
Malah sebelum itu, Rangel, 29, mencipta sensasi apabila menyatakan kesediaan menukar kerakyatan untuk menyarung jersi Harimau Malaya jika diberi peluang.
Namun kontroversi di luar padang itu langsung tidak menjejaskan fokus Rangel yang sudah meledak 10 gol musim ini dan berazam memastikan Selangor merampas kedudukan teratas liga daripada Pahang.
“Ketika ini saya tidak fikir pasal kontrak, apa yang paling utama kejuaraan untuk Selangor.
Saya masih mempunyai kontrak bersama Selangor sehingga November ini, jadi saya perlu menghormatinya.
Bagi saya, apa yang dilalui (kontroversi) ini tidak menjejaskan fokus.
Bagi saya, apa yang dilalui (kontroversi) ini tidak menjejaskan fokus.
“Sepatutnya tidak perlu ada pertikaian mengenai komitmen bersama Selangor kerana apabila bermain, saya akan memberikan lebih 100 peratus,” katanya kepada Arena Metro semalam.
Rangel gagal menjaringkan gol ketika Selangor seri tanpa jaringan menentang Terengganu di Stadium Shah Alam, Ahad lalu sekali gus terlepas peluang untuk berada di puncak liga apabila berkongsi 28 mata dengan Pahang dan hanya dipisahkan menerusi perbezaan gol.
Kekecewaan itu boleh ditebus malam ini namun Rangel mengakui ia bukan tugas mudah apatah lagi berdepan Pahang yang beraksi di depan ribuan penyokong sendiri.
No comments:
Post a Comment