Sumber: Utusan Online
KUALA LUMPUR - Penyertaan Lions XII dalam Liga Malaysia memberi
kelebihan buat skuad kebangsaan negara jiran itu mempersiapkan skuad
kebangsaan yang mantap untuk menghadapi Sukan SEA 2013.
Lantaran itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee tanpa ragu-ragu
melabelkan Singapura sebagai pencabar utama Malaysia dalam misi kita
mempertahankan emas acara bola sepak di Myanmar pada Disember nanti.
Jika diperhalusi, Lions XII yang beraksi dalam Liga Super hanya menyenaraikan lima pemain senior yang melepasi umur 23 tahun.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Liga M merupakan platform terbaik
buat Singapura melakukan persiapan dan mencipta keserasian sebelum Sukan
SEA 2013.
Formula ini hampir sama dengan penyertaan pada tahun pertama Lions
XII dalam saingan Liga Malaysia tahun lalu, apabila mereka menjulang
kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 menerusi skuad yang ditunjangi oleh
pemain Lions XII.
Mungkinkah kejayaan yang sama akan berulang pada Sukan SEA 2013,
kerana Lions XII didedahkan dengan perlawanan kompetitif dalam saingan
Liga Super.
Ini dipersetujui Kim Swee yang berkata, hasil penelitiannya terhadap
aksi Lions XII, Malaysia perlu mengambil serius kekuatan pasukan negara
jiran itu pada Sukan SEA 2013 nanti
Dengan hanya membariskan beberapa pemain senior berbanding pasukan
tahun lalu, pasukan kali ini mempamerkan peningkatan daripada setiap
perlawanan.
Mereka mempunyai ramai pemain berkualiti, mereka boleh menjadi
lebih baik jika diberikan pendedahan berterusan dalam liga kita,"
katanya ketika dihubungi, semalam.
LionsXII yang menduduki tangga kedua dalam Liga Super selepas enam
perlawanan hanya menyenaraikan Shahril Ishak, Baihakki Khaizan, Muhd.
Irwan Syah, Fazrul Nawaz dan Isa Halim sebagai pemain yang melebihi umur
23 tahun.
Antara pemain muda yang menjadi nadi kepada LionsXII adalah Harris
Harun, yang disifatkan Kim Swee sebagai pemain versatil, serta Safuwan
Baharudin.
Haris boleh bermain di mana-mana posisi, sama ada tengah dan pertahanan.
Manakala seorang lagi pemain, Safuwan juga masih boleh mewakili
Singapura pada Sukan SEA nanti. Dia bermain dengan cukup baik semasa
Piala Suzuki AFF serta dalam Liga Malaysia, " katanya.
No comments:
Post a Comment