Saturday, February 9, 2013

Singa Utara terpaksa pindah

Sumber: Metro Online
 
Kangar: Skuad Liga Perdana Perlis akan beraksi di gelanggang di luar Perlis bagi baki kempen musim ini, bermula awal April.

Ini disebabkan Stadium Utama Negeri di Kangar yang menjadi venue utama skuad Singa Utara akan ditutup kepada pelbagai aktiviti sukan termasuk bola sepak pada tempoh itu.

Antara lokasi baru dijangka menjadi pilihan skuad bekas juara dua kali Piala Malaysia itu ialah Kompleks Sukan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) di Langkawi atau padang UUM (Universiti Utara Malaysia) di Sintok, Kedah.


Difahamkan, Stadium Utama Negeri yang bakal terpilih selaku gelanggang utama acara sukan tempatan terbesar di negara ini, Sukan Malaysia 2014 (Sukma 2014) akan dinaik taraf membabitkan kos lebih RM20 juta.

Antaranya, termasuk kerja-kerja pembaikan membabitkan pelbagai kemudahan sedia ada stadium selain pembinaan tempat duduk tambahan bagi membolehkan lebih ramai penonton menyaksikan kejohanan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim, awal Januari lalu berkata, antara kedua-dua venue itu, padang Kompleks Sukan LADA sudah menjadi pilihan utama sebagai lokasi perlawanan Liga M membabitkan Perlis.

Sehubungan itu, mantan Menteri Besar Perlis itu berkata, PFA sudah melakukan usaha bagi mendapatkan kebenaran pengurusan LADA untuk tujuan itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...