Thursday, February 14, 2013

Liga Super: Terengganu perkenal jersi baru Jumaat ini

Sumber: Bernama & Sinar Harian Online

TERENGGANU akan memperkenalkan jersi baru pada perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat ini.

Inisiatif tersebut dilakukan oleh Kelab Penyokong Pasukan Bolasepak Terengganu (Peteh) bagi memberikan suntikan moral kepada skuad bimbangan E.Elavasaran.


Setiausaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, hari ini berkata semua penyokong skuad Penyu dijemput memeriahkan majlis pelancaran jersi baharu itu di stadium berkenaan pada jam 5 petang esok.

Selain itu, katanya, Peteh dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengagihkan 'flip flop stick' kepada penyokong sebagaivtanda menghargai sokongan peminat terhadap skuad Penyu.

"Kita harap dengan pelancaran jersi baharu Kelab Peteh ini sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat kepada pemain pasukan Terengganu dalam mengharungi saingan Liga Super dan Piala FA musim ini," katanya.

Selepas lima perlawanan Liga Super musim ini, Terengganu berada dalam tangga tercorot liga dengan dua mata selepas mencatatkan dua keputusan seri dan kalah tiga kali. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...