Sunday, February 10, 2013

Pusingan U Shahidan


Sumber: Metro Online

Kangar: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) membuat pusingan U semalam apabila menghantar surat jawapan lebih 10 muka surat berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab surat pertuduhan diterima Presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Setiausaha Kehormat PFA, Ammar Hassan mengesahkan sudah menghantar surat itu petang kelmarin selepas menerima nasihat presiden dan pihak FAM mengesahkan menerima surat itu.



“Surat setebal lebih 10 muka surat itu dihantar melalui faks ke pejabat FAM dan disusuli pertemuan Rabu ini.

“Surat itu meminta Presiden mengakui pertuduhan yang dikenakan atau membuat rayuan,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat khas PFA.

Menurutnya, antara kandungan surat ialah penjelasan terperinci mengenai kenyataan Shahidan termasuk sokongan terhadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

Katanya, surat jawapan itu juga menjelaskan maksud sebenar kenyataan yang disalah tafsir FAM.

Ammar berkata, dalam surat itu Shahidan menyatakan, dia ingin dibicarakan dan tidak mengaku bersalah atas tiga pertuduhan itu.

Sementara itu, Shahidan berkata, dalam kenyataan sebelum ini, dia hanya mahu menyuarakan sokongan kepada FAM selepas badan induk itu dihentam mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Dalam kenyataan itu kita mahu kebaikan bagi meningkatkan mutu bola sepak, dan ia juga hasil mesyuarat PFA yang diadakan ketika isu itu hangat dilaporkan.

“Saya juga beritahu jika mahu kritikan dihentikan, transformasi dengan memberi bantuan kepada persatuan negeri yang lemah perlu dilakukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...