Thursday, February 21, 2013

Penyokong TRW kecewa tindakan FAM


Sumber: Sinar Harian Online

PRESIDEN Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mohd Khairi Yazid terkejut dan kecewa dengan  tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) atas empat tuduhan, semalam.

"Memang tidak dinafikan perkara itu memang berlaku dan saya amat kesal dengan tindakkan segelintir penyokong Kelantan.

"Tapi ada juga penyokong pasukan lain melakukan perkara sama, tapi Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak mengambil tindakan segera seperti mana yang dilakukan ke atas Kafa.


"Mereka selalu beri alasan, masih dalam siasatan kerana kekurangan bukti dan sebagainya seolah-olah kami dianaktirikan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, FAM juga mengumumkan berkemungkinan pasukan Kelantan akan bermain tanpa penyokong di Stadium Muhammad IV pada perlawanan akan datang sekiranya Kafa gagal mengawal tingkah laku penyokongnya.

Beliau berharap dengan keputusan tersebut para penyokong The Red Warriors dapat mengambil iktibar dengan amaran keras yang di keluarkan oleh FAM.

"Kita mesti berfikir positif untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Saya menyeru agar penyokong TRW menjaga disiplin masing-masing dan tidak melakukan sebarang kekecohan terutamanya ketika perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri," kata Khairi.

Kafa didenda RM62,500 atas empat pertuduhan yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim pada 15 Januari lalu.

Empat pertuduhan tersebut adalah:
- Denda RM20,000 kerana membaling mercun dalam stadium
- Denda RM2,500 kerana penonton membaling objek ke dalam padang
- Denda 20,000 penyokong Kelantan membaling objek kepada penyokong Johor
- Denda RM20,000 kerana gagal mengambil langkah keselamatan dalam stadium

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...