Sumber: Metro Online
Ipoh: Jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah kini berupaya tidur lebih
lena berikutan perkembangan positif dalam pasukan Seladang berikutan
kehadiran semula tiga tonggak iaitu awang import, Karim Rouani, S
Chanturu dan V Thirumurugan.
Jika di awal musim Azraai berhadapan masalah tidak cukup pemain
gara-gara ditimpa kecederaan namun kini hanya tinggal Mohd Nasir
Basharuddin terpaksa diketepikan untuk enam minggu lagi.
Justeru perlawanan persahabatan dengan Kedah United di Alor Setar petang ini pentas terbaik Azraai menurunkan pemain terbabit dalam usaha menyediakan pasukan mantap untuk pertemuan dengan Terengganu di Kuala Terengganu 15 Februari nanti.
“Buat pertama kali untuk musim ini saya dapat menguji kesebelasan permulaan terbaik,” kata Azraai.
Katanya, Karim diturunkan sepenuh masa manakala Chanturu dan Thiru diturunkan untuk seketika ketika menentang Sime Darby baru lalu dan kehadiran mereka membawa perubahan pada corak pasukan.
“Ini petanda positif. Ia menjanjikan sesuatu yang baru terhadap cabaran Perak dalam baki kempen nanti,” katanya.
Malah Azraai berpuas hati dengan persembahan pertama Karim
dalam perlawananan persahabatan menentang Sime Darby di Stadium Proton
City, Tanjong Malim, itu.
“Dia mempamer aksi bertenaga dan mencuba bersungguh-sungguh. Saya berpuas hati dengan persembahannya . Bagaimanapun dia perlu bekerja lebih keras lagi,” katanya.
Jurulatih itu juga berbangga dengan pemilihan tiga pemain Perak
iaitu Mohd FarizalMarlis, Abdul Hadi Yahya dan Yong Kuong Young dalam
skuad kebangsaan yang bererti anak buahnya mendapat perhatian badan
induk bola sepak negara.
Azraai berkata, beliau tidak bimbang dengan kedudukan Shahrulnizam Mustapa dalam pasukan kerana sudah mengetahui corak bekas pemain kebangsaan itu.
“Saya tahu sangat corak Arul kerana pernah membimbingnya ketika bersama Kedah selama dua musim,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment