Sumber: Utusan Online
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat kejutan apabila memanggil semula bekas pengurus musim lalu Azman Ibrahim yang juga Setiausaha Agung persatuan untuk bersama-sama pasukan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia yang sedang berlangsung.
Keputusan memanggil semula Azman ke pangkuan The Red Warriors diumumkan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial facebook miliknya, sejurus tamat pertemuan antara Kelantan dengan Selangor kelmarin.
Annuar berkata, jawatan pengurus yang sebelum ini disandang oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak akan dipegang semula oleh Azman.
"Saya mahu pengurusan pasukan dan Setiausaha Agung, Azman diarah untuk menjadi pengurus dan dibantu oleh Wan Badri.
"Bojan (Hodak) pula akan menumpukan aspek kejurulatihan.
"Sementara itu, penolong jurulatih diminta lebih berperanan membantu pemain memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik.
"Di saat sukar begini kita akan bersama pemain mengumpul tenaga dan keyakinan diri.
"Kecacatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki sebaik saja kita berpeluang melakukannya. Kita sudah ada penyelesaiannya," katanya.
Sebelum ini, Azman yang lapan tahun menggalas tanggungjawab mengurus pasukan Kelantan mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut sebaik sahaja bermulanya saingan Liga Malaysia 2013.
Dia memilih untuk melepaskan jawatan tersebut bagi menyelesaikan beberapa urusan peribadi yang sebelum ini tertangguh termasukperniagaan.
No comments:
Post a Comment