Thursday, January 24, 2013

Fandi tak puas hati aksi Johor DT


Sumber: Metro Online

Kuala Lumpur: Meskipun kali pertama meraih keputusan meyakinkan ketika menunjukkan PKNS FC kelmarin selepas mengharungi lima perlawanan, pengendali Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad pantas menyatakan ia bukanlah aksi terbaik anak buahnya.

“Belum lagi, belum mencapai tahap permainan terbaik. Masih banyak perlu diperbaiki sebab pada masa ini, semua pasukan apabila bertemu kami, mereka akan beri komitmen 200 peratus.

“Tapi saya akui kemenangan ini mengurangkan sedikit tekanan yang dirasai pemain. Saya masih mengharapkan peningkatan prestasi pada setiap perlawanan selepas ini,” katanya.



Kelmarin, pasukan berbelanja besar itu dilihat mula menemui keserasian apabila mudah menewaskan PKNS, 3-1 sekali gus memadam keraguan terhadap mereka yang gagal meraih keputusan terbaik selepas empat perlawanan meskipun dibarisi ramai pemain bintang.

Antara watak penting di sebalik kemenangan itu adalah Safee Sali, penyerang kebangsaan yang dilihat kembali kepada prestasi sebenarnya dengan menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan semalam sekali gus gol pertamanya pada saingan Liga Super musim ini.

Namun di sebalik aksi meyakinkannya itu, pengurusan pasukan tidak membenarkan Safee untuk ditemuramah.

“Saya gembira dengan aksinya malam ini (kelmarin) kerana dia bekerja keras. Tapi saya beritahu dia jangan terlalu ghairah untuk mencari gol sebab saya yakin dia pasti akan menjaringkan gol.

“Alhamdulillah, dia dapat cetak gol juga. Saya harap dia dapat meneruskan aksi terbaik ini pada perlawanan seterusnya,” kata Fandi.

Selepas lima perlawanan, Johor kini menduduki tangga kelima liga dengan mengumpul lapan mata hasil dua kemenangan, dua seri serta tewas sekali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...