Friday, January 11, 2013

Del Nero belum bersedia

Sumber: Metro Online
 
Johor Bahru: Kelibat pemain import, Simone Del Nero belum pasti diturunkan dalam kesebelasan utama Johor Darul Takzim apabila berdepan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin, malam ini.
 
Kecederaan bekas pemain Lazio yang beraksi di kancah Serie A Itali itu belum pulih sepenuhnya tapi semuanya bergantung kepada latihan terakhir skuad Harimau Selatan itu.
 

“Simone belum 100 peratus cergas dan saya akan lihat perkembangannya sebelum membuat keputusan sama ada mahu menurunkannya atau tidak. Apapun beliau masih berada dalam senarai 18 pemain utama,” katanya.

Fandi juga menegaskan rombakan benteng pertahanan akan dilakukan bagi memantapkan posisi itu namun belum mahu mendedahkan senarai pemain yang akan diturunkan.

“Sudah tentu ada rombakan tapi saya tidak mahu dedahkan siapa yang menggalas tugas mengemudi posisi itu. Biarlah kita lihat malam esok (malam ini).

“Yang penting semua pemain bersedia menentang Perak dan bertekad untuk beri persembahan terbaik.

“Latihan terakhir lebih tertumpu kepada memperbaiki kelemahan bukan saja di benteng pertahanan malah di posisi tengah dan serangan.

“Semua pemain beri reaksi positif apabila sentiasa bekerjasama bagi memantapkan pasukan,” katanya.
Beliau juga berharap sokongan padu penyokong Harimau Selatan menyemarakkan lagi semangat juang pemain dengan menghangatkan lagi ‘Sorakan Larkin’.

“Saya harap penyokong beri sokongan sepanjang 90 minit dan saya yakin pemain juga tidak mahu mengecewakan peminat Johor Darul Takzim sekali lagi.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...