SELEPAS mendapat bimbingan sempurna ketua jurulatih, Divaldo Alves hampir dua bulan, bek tengah Negeri Sembilan, Azmeer Yusof semakin yakin mampu mengawal benteng skuad itu pada Liga M 2013.
Bekas pemain Pos Malaysia itu antara yang mendapat kepercayaan Alves apabila diturunkan dalam kesebelasan utama bagi semua perlawanan persahabatan sepanjang persiapan termasuk ketika bertemu kelab Semen Padang, baru-baru ini.
Dia yang bergandingan dengan pemain import dari Cameroon, William Paul Modibo dilihat kian serasi di posisi itu yang turut dibantu Mohd Fauzi Nan dan Tengku Qaiyum Ubaidillah selaku pertahanan kanan dan kiri.
“Memang matlamat saya untuk membentuk pertahanan mantap dan setakat ini saya tidak berdepan masalah bergandingan dengan Modibo, malah kami sudah semakin saling memahami tugas serta tanggungjawab di posisi itu.
“Saya juga semakin bersemangat dan yakin dengan kemampuan sendiri selepas mendapat bimbingan jurulatih dan akan terus berusaha meningkatkan lagi prestasi demi memastikan kejayaan pasukan pada cabaran Liga Super bermula 8 Januari ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment