Friday, January 11, 2013

Khairul suntik semangat Seladang

Sumber: Metro Online
 
Ipoh: Sedikit ‘habuan’ daripada pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun di Kuala Lumpur semalam cukup untuk menyuntik semangat pemain Seladang menghadapi pasukan elit, Johor Darul Takzim di Stadium Pasir Gudang, malam ini.
 
Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah ketika memaklumkan ‘pemberian’ itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang diterima pemainnya.

“Ia sudah pasti tonik tambahan kepada pemain yang bersemangat tinggi ketika ini. Malah pertemuan itu juga bertepatan untuk menyemarakkan lagi keyakinan pemain selepas mendengar amanat pengurus,” katanya dari Johor Bahru.
 

Mengenai pertemuan malam ini, Azraai menjangkakan cabaran getir menanti anak buahnya kerana bertemu lawan ibarat harimau luka selepas tewas Selasa lalu.

“Johor pasti bangkit selepas kecewa perlawanan pertama. Perak ibarat berada di tengah bom jangka yang menanti masa meletup.

“Pemain perlu bersedia menyerap asakan serta cabaran.” Menurut Azraai, misi Perak ialah untuk tidak pulang tangan kosong.

Bagi menghadapi anak buah Fandi Ahmad, Azraai dijangka mengekalkan kesebelasan sama seperti ketika menentang T-Team di Lumut.

Azraai tentu tidak perlu risau dengan kemantapan benteng dikemudi kapten, Mohd Sharom Kalam dan gandingan awang import, Rafael Souza Silva Novais, Mohd Hisyamuddin Sha’ari dan Mohd Khairi Kiman.
Kehadiran penjaga gawang utama Harimau Malaya, Mohd Farizal Marlias mampu membantu Perak menangani tekanan daripada Norsharul Idlan Talaha, Daniel Guiza dan Safee Sali.

Buat kali kedua, Perak tidak dapat menurunkan penyerang import, Karim Rouani gara-gara belum pulih daripada kecederaan ‘hamstring’.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...