Friday, January 4, 2013

Azraai optimis keupayaan Seladang

Sumber: Metro Online
 
JURULATIH Perak, Mohd Azraai Khor optimistik terhadap keupayaan Seladang memberi cabaran dalam kancah Liga Super 2013 bermula 8 Januari ini.
 
Walaupun tidak berada dalam kelompok pasukan elit dan berbelanja besar seperti Johor dan Kelantan, pengendali berpengalaman itu yakin terhadap keupayaan anak buahnya memberi cabaran sengit kepada setiap pencabar. Seladang hanya boleh berbangga dengan kehadiran penjaga gol utama Harimau Malaya, Mohd Farizal Marlias
 
Begitupun pemain seperti S Chanturu, Yong Kuong Yong, Shahrulnizam Mustapa, Abd Hadi Yahaya, Khairi Kiman, Azlan Ismail, V Thirumurugan dan Sharom Kalam sudah membuktikan kemampuan mereka.

Azraai yakin pemain muda Seladang seperti Mohd Failee Mohd Ghazali, Rafiuddin Roddin, Nasir Basharuddin, Syazwan Roslan, Mohd Noor Hazrul dan beberapa pemain skuad Piala Presiden yang diserap juga bersedia membantu rakan senior.

Beliau turut menaruh kepercayaan tinggi terhadap dua awang import, Rafael Souza Silva Novais dan Karim Rouani yang berupaya memainkan peranan berkesan menjulang Perak musim ini.

“Pemain yang saya miliki mampu memberi cabaran kepada pasukan lain. Kami tiada pemain bintang tapi mereka mempunyai semangat juang kental. Berilah mereka masa dan peluang untuk menunjukkan apa yang mampu mereka lakukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...