Friday, May 11, 2012

Shenhua tandatangani remaja Malaysia

sumber: ESPNSTAR.my
Shenhua tandatangani remaja Malaysia


Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia.

Kelab Liga Super China, Shanghai Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia.

Pada November 2011, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia telah menjalani pemilihan di kelab Shanghai Shenhua. Selepas pemerhatian selama enam bulan, pasukan jurulatih kelab tersebut sangat tertarik dengan permainannya yang konsisten.


Kelab itu seterusnya telah membuat keputusan untuk menandatangi Tam secara rasmi.

Tam pemain bola sepak kaki kanan yang berbakat dilahirkan di Tokyo, Jepun pada tahun 1995. Dia yang berkerakyatan Malaysia telah mengikut ibu bapanya ke Jepun atas urusan perniagaan dan telah membesar di sana. Ibu bapa Tam, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin merupakan pemilik sebuah retoran Rasa Malaysian Cuisine Restaurant sejak 16 tahun yang lepas.

Tam sudah mula bermain bola sepak pada usia 9 tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, pencari bakat dari Yokohama FC telah memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15.

Pada umur 14 tahun dia telah di hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk latihan selama tiga bulan.

Pada tahun 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun.

Walaupun dia pemain muda yang berbakat dari, dia tidak terkenal di Malaysia mahupun di Jepun. Tetapi penyertaannya ke kelab Shanghai Shenhua telah menarik perhatian Menteri Konsul Am Malaysia di Shanghai, Hendy Assan sebagai saksi penandatangan kontrak.

Jurulatih Shanghai Shenhua sekarang ini adalah bekas pemain Chelsea, Nicolas Anelka yang juga masih pemain di Shenhua.

1 comment:

  1. kingkong temasikMay 11, 2012 at 3:47 PM

    nape pihak FAM atau coach HM A OKS tak pernah
    nak trail mamat TAM ni HM A...dh main J league
    div 2 dn skrg join clib cina Shanghai Shenhua
    plak..mesti handal TAM ni..cuba 6bln baru
    dpt sign kira bagus TAM ni..jgn tunggu lama2
    OKS...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...