PENYERANG Vedran Gerc mahu membantu Kedah mencatat kemenangan apabila berdepan T-Team di Stadium Darulaman malam ini sebagai penawar kepada ribuan peminat setia yang kecewa ketika disingkirkan Kelantan daripada Piala FA, minggu lalu.
Menurutnya, kegagalan itu memang pahit untuk ditelan namun pasukan sudah kembali fokus menghadapi saingan Liga Super.
“Jika peminat kecewa, kami lebih daripada itu dan kini tidak ada jalan lain kecuali menewaskan T-Team.
“Walaupun menang 2-0 di Kuala Terengganu pada suku akhir Piala FA, T-Team kemudian bangkit untuk mengikat Kelantan di Kota Bharu pada saingan liga.
“Ini sepatutnya menjadi amaran kepada pemain untuk meningkatkan prestasi dan lebih agresif nanti,” tegasnya.
Menurut Gerc lagi, kecergasan Safi Alfatah sudah mencapai tahap maksima dan pasti akan membuka lebih banyak ruang buat dirinya dan Khyril Muhymeen Zambri untuk menjaringkan gol.
“Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, yang penting kami harus mengutip tiga mata penuh,” kata pemain dari Croatia itu.
No comments:
Post a Comment