Tuesday, May 8, 2012

Butler tinggalkan Persiba Balikpapan


ESPNSTAR.MY

Peter Butler hari ini telah secara rasminya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikapapan.
Beliau yang meninggalkan pasukan Kelantan pada akhir Februari tahun ini telah dilantik sebagai ketua jurulatih Persiba Balikpapan pada bulan Mac.
Hari ini, Peter Butler yang hebat diperkatakan akan menggantikan Mat Zan Mat Aris telah secara rasminya telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Persiba Balikpapan.
Keputusan itu terpaksa dibuat selepas masalah bola sepak di Indonesia kelihatan tiada jalan penyelesainnya di mana Liga Super Indonesia (ISL) kini tidak diiktiraf oleh AFC atau FIFA dan menyebabkan jawatan dan dirinya dalam bahaya.
"Ini jalan yang terbaik. Kelab gagal menyediakan visa pekerjaan kepada saya kerana status ISL yang tidak diiktiraf FIFA atau AFC. Ini menyebabkan nasib saya dalam bahaya dan saya mungkin dihantar pulang kerana bekerja tanpa visa perkerjaan yang sah di Indonesia." kata Peter Butler kepada ESPNSTAR.my
Selain itu, kelewatan pembayaran gaji dan bonus perlawanan juga antara faktor Peter Butler terpaksa meletakkan jawatan dari tugas yang dipegang selama tiga bulan itu.
Kelab Persiba Balikpapan telah gagal membayar gaji jurulatih termasuk para pemain dan menurut Butler, perkara itu telah menyebabkan pemain kurang bersemangat untuk beraksi.
"Sukar untuk memotivasikan pemain yang tidak dibayar gaji dan tidak tahu bila mereka akan dibayar." katanya lagi.
"Saya walaubagaimanapun gembira bekerjasama dengan kelab, pemain dan pegawai tetapi selepas meminta nasihat peguam, saya harus menuju ke hadapan. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Persiba Balikpapan." kata Butler.
Persiba Balikapapan di bawah bimbingan Peter Butler hanya tewas sekali dalam sembilan perlawanan dan duduk di tempat keenam Liga. Mereka di tempat kesepuluh sebelum diambil alih Peter Butler.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...