Thursday, May 17, 2012

Annuar Musa dilarang ke Bukit Jalil


Sumber: ESPNSTAR.my

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tidak akan dijemput hadir ke perlawanan akhir Piala FA dan tidak dibenarkan terlibat dengan pasukan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata Annuar tidak akan berada di dalam senarai jemputan kerana mereka harus mematuhi arahan jawatankuasa disiplin pada 4 April yang telah menggantung Timbalan Presiden FAM itu selama 30 bulan dari segala aktiviti bola sepak.

"Kita tidak boleh melanggar keputusan jawatankuasa disiplin," kata Azzuddin di Wisma FAM semalam.


Pada awalnya, pengerusi jawatankuasa disiplin FAM, Datuk Taufik Tan Sri Abdul Razak telah memberi amaran keras kepada Annuar tentang penggantungannya yang boleh membawa kepada hukuman yang lebih berat.

"Kami telah menerima laporan bahawa beliau telah meneruskan penglibatannya dalam bola sepak. Ini dilakukan secara terbuka dan jika berterusan kami mungkin akan menambah hukumannya. Beliau akan menghadapai hukuman yang lebih berat dan mungkin juga dipecat," kata Taufik di sidang media semalam.

Mesej yang disampaikan jelas bahawa Annuar wajib mengelakkan diri dari segala aktiviti bola sepak.

"Beliau boleh datang tetapi beliau tidak akan menerima layanan VIP. Bukan satu perkara yang baik untuk melihat bekas menteri Kabinet dilakukan seperti ini," kata Taufik lagi.

"Beliau harus menerima hukumannya yang telah dimaklumkan oleh FAM."
Annuar telah digantung selama dua tahun setengah kerana mengkritik pasukan kebangsaan dan telah melanggar pertauran.

Tetapi beberapa jam selepas hukumannya diumumkan, Annuar berangkat ke Kota Baru untuk menyaksikan perlawanan Kelantan dengan Arema Indonesia pada perlawanan Piala AFC.

Annuar juga dilihat berada di kotak VIP di kesemua perlawanan Kelantan di halaman sendiri dan tempat lawan. Beliau juga dilaporkan telah hadir pada perasmian penjualan tiket Piala FA di Kafe Red Warriors.

Tan Sri Annuar Musa walaubagaimanapun memberitahu bahawa beliau akan berada di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini.

"Hati saya bersama Red Warriors," kata Annuar.

"Menonton bola sepak adalah hak semua rakyat. Saya akan ke stadium sebagai rakyat biasa...kebebasan semua orang untuk ke stadium," kata Annuar Musa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...