Saturday, May 5, 2012

‘Saya tak tertekan’


Harian Metro

JURULATIH sementara Terengganu, Khalid Mat Dahan berkata beliau tidak tertekan atau menanggung bebanan sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris, yang direhatkan dua minggu.


Khalid berkata apa yang penting, beliau akan melakukan yang terbaik bagi mengekalkan prestasi pasukan Terengganu semasa ketiadaan Mat Zan.




“Buat sementara waktu, saya terima apa yang diamanahkan oleh pihak pengurusan,” katanya kepada Bernama.




Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merehatkan Mat Zan selama dua minggu mulai kelmarin bagi meredakan keadaan berikutan kegagalan pasukan itu melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA selepas tumpas kepada Sime Darby dengan agregat 1-2 pada saingan separuh akhir.

Selepas menentang Perak, malam tadi, perlawanan seterusnya membabitkan Terengganu ialah Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertemu Kitchee FC dari Hong Kong di tempat lawan pada 9 Mei, diikuti saingan Liga Super berjumpa Felda FC (12 Mei) dan Sarawak, (15 Mei).


Khalid berkata apa yang merunsingkan ialah beberapa tonggak utama seperti Francis Forkey Doe, Manaf Mamat, Marzuki Yusof dan Nordin Alias yang masih dibelenggu kecederaan.



Beliau berkata keadaan itu menjadi cabaran kepadanya dan mahu pemain simpanan mengambil kesempatan untuk mempamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan pada beberapa perlawanan itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...