Wednesday, May 9, 2012

Lions XII di persada, Johor FC ceria


BH Online

LIONS XII kembali mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas mengutip tiga mata di Stadium Hang Jebat, Melaka dengan kemenangan 2-0 ke atas FELDA United, malam tadi. 


Skuad bimbingan V Sundramoorthy yang bermain lebih empat perlawanan kini mengumpul 39 mata, lima di depan Kelantan yang berada di tangga kedua dan 13 mengatasi Terengganu.



Dua gol Lions XII dijaringkan Shaiful Esah pada minit ke-31 hasil sepakan percuma menarik sebelum Shahdan Sulaiman menambah jaringan 14 minit sebelum tamat permainan.


Di Stadium Pasir Gudang, jaringan hatrik pemain import, Arthur Henrique memastikan Johor FC melakar kemenangan pertama pada saingan liga di laman sendiri selepas menewaskan PKNS Selangor 3-2. 


PKNS Selangor membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi bola rembatan leret Mohd Nor Hakim Hassan namun Johor FC bangkit menyamakan jaringan hasil sepakan penalti Henrique pada minit ketujuh. 


Selepas rehat, gol dicari Johor FC menjelma pada minit ke-61 selepas Henrique bijak menyempurnakan bola sepakan percuma namun PKNS Selangor menyamakan jaringan pada minit ke-74 menerusi Nicoise Mickael Joseph untuk kedudukan 2-2. 


Pada minit ke-84 sepakan percuma Henrique dari jarak 25 meter tepat menerjah jaring sekali gus memastikan kemenangan skuad bergelar Lebah. 
Di Stadium Darulaman, Kedah dan T-Team terikat 1-1 dengan tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi Vedran Gerc (m-47) tetapi Fadzli Saari menyamakan kedudukan untuk pelawat pada minit ke-58.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...