Tuesday, May 8, 2012

Kelantan mahu main di padang sendiri


ESPNSTAR.MY


Kelantan memburu kelebihan bermain di padang sendiri untuk pusingan kedua Piala AFC.

Pengurus pasukan Azman Ibrahim berkata juara kumpulan akan berpeluang untuk menjadi tuan rumah pusingan kalah mati, dan oleh itu, pasukan Red Warriors perlu mendapat sekurang-kurangnya satu mata menentang Ayeyawady United FC di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru malam ini untuk menjadi juara Kumpulan H.


"Sangat penting kami mendapat tempat pertama kerana kami mahu bermain di padang sendiri di pusingan seterusnya. Kami perlu merebut apa jua kelebihan yang kami boleh dapati kerana kami bertanding dalam tiga pertandingan yang berbeza (Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala AFC)," kata Azman di Kota Baru semalam.

Pasukan dari pantai timur itu kini menjadi pasukan kegemaran menjuarai Kumpulan H, dengan 10 mata. Kemenangan atau seri menentang pasukan dari Myanmar itu akan cukup untuk pasukan Bojan Hodak menjadi juara.

Navibank Saigon dan Ayeyawady Amerika, kedua-duanya kini mempunyai 7 mata, masih mempunyai peluang meragut tempat pertama.

Kelantan hanya boleh tersingkir di pusingan kumpulan ini jika Ayeyawady membelasah mereka dengan sekurang-kurangnya kelebihan tujuh gol. Navibank boleh meragut tempat pertama, jika Kelantan kalah kepada Ayewady, jika mereka menewaskan Arema Indonesia dengan kelebihan dua gol di Stadium Gajayana di Jakarta hari ini.

Tidak kelihatan seperti Kelantan akan disingkirkan memandangkan mereka belum kalah dalam empat belas perlawanan terakhir mereka di padang sendiri, dengan sepuluh kemenangan dan empat keputusan seri. Pasukan pemimpin Liga Super Malaysia, LIONSXII merupakan pasukan terakhir yang kalah di Kota Baru apabila ditewaskan 3-0 Jumaat lalu.

Pusingan kedua akan menyaksikan juara Kumpulan F menentang naib juara Kumpulan H, yang berkemungkinan menjadi Terengganu. STerengganu kini mempunyai sembilan mata di Kumpulan F dan berada di tempat kedua.

Kitchee FC berada satu mata di hadapan Terengganu dan kedua-dua pasukan itu akan berjuang untuk tempat pertama dalam perlawanan terakhir pusingan kumpulan di Hong Kong. Kemenangan akan meletakkan pasukan Penyu di tempat pertama, dengan itu mengelakkan kemungkinan bertembung dengan Kelantan.

Pusingan kedua dijadualkan untuk Mei 23.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...