Gol penalti Mohamed Ghaddar meraih kemenangan 1-0 untuk Kelantan ke atas saingan hebat dari Sime Darby di Stadium Bukit Jalil.
Kota negara Malaysia telah dibanjiri lautan merah dengan lebih 90,000 para penyokong Red Warriors berhijrah tujuh jam ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan kelab mereka melengkapkan koleksi trofi domestik mereka.
Tan Sri Annuar Musa yang telah digantung turut hadir di antara para penyokong kesanyangan sambil mesej untuk Setiausaha Agung FAM Datuk Aizuddin Ahmad dilayangkan setelah diseludup masuk, huruf demi huruf.
Sebaik sahaja Wau Bulan gergasi dinaikkan oleh Ultras Kelantan, sekumpulan ahli payung terjun membuat penampilan dengan diiringi bunga api dan mercun para penyokong.
Ketua pasukan Sime Darby Es Lizuan, yang menggantikan Kamarul Afiq akibat kecederaan, dan ketua pasukan Kelantan Badri Radzi kemudian membuat sumpah integriti di hadapan khalayak ramai sebelum perlawanan bermula.
Kedua-dua pasukan mengasak bengteng pertahanan masing-masing dengan Badri Radzi membuat percubaan pertama pada minit ke lapan setelah menerima hantaran Norshahrul Idlan tetapi tendangannya tidak tepat.
Shoufiq Kusaini pula sering mengancam tetapi pasukan pilihan kegemaran yang menunjukan gerakan terbaik dengan S. Chanturu memecut lepas lima pemai pertahanan pada minit ke 28 hingga Arif Ismail terpaksa mengasarinya dan meraih kad kuning pertama perlawanan.
Pemain bintang Ronaldinho Wleh kelihatan telah menyiku S. Subramaniam hingga mukanya berlumuran darah dan terpaksa diganti pada minit ke 31.
Badri kemudian memberi hantaran cantik kepada Chanturu tetapi percubaannya diselamatkan oleh Redzuan Harun pada minit ke 37, seorang ahli siswazah dalam sains sukan.
Ronaldinho menunjukkan taring apabila pada minit ke satu apabila memecut lepas semua pemain pertahanan Kelantan di sayap kanan tetapi hantarannya terlalu kuar untuk Faiz Isa.
Separuh masa kedua pula bermula dengan rentak yang sama kecuali peggantian Razali Umar untuk Leandro Teofil pada minit ke 52 dan dia juga telah menanduk bola masuk lepas Khairul Fahmi seminit kemudian tetapi pengadil memberi isyarat ofsaid.
Arif Ismail pula mengalami kekecewaan seketika pada minit ke 56 apabila mengasari Chanturu dan Mohamed Ghaddar meyepak masuk gol di sebelah kanan Redzuan dan terus meraikannya dengan penuh bersemangat.
Persaingan semakin sengit dengan kedua=dua pasukan melancarkan serangan bertubi-tubi hingga wisel penamat untuk kemenangan pertama Kelantan dalam Piala FA Malay.
Kelantan akan bertemu Terengganu dan Peter Butler dalam perlawanan Piala AFC minggu ini.
No comments:
Post a Comment