Queens Park Rangers telah mengumumkan bahawa mereka akan melawat Thailand dan Malaysia bagi perlawanan pra-musim.
Pengerusi QPR, Tony Fernandes melahirkan rasa teruja tentang berita ini bahawa Rangers akan ke tanah airnya bulan Julai ini.
"Kami berbesar hati dan berbangga untuk ke Asia bagi perlawanan pra-musim," katanya di laman web rasmi QPR.
"Penyokong di Asia telah bersama QPR sejak kami terlibat dengan kelab ini dan ia sesuatu yang hebat untuk kami memberi mereka peluang datang dan menyaksikan pasukan beraksi buat pertama kalinya.
"Ini satu peluang yang baik untuk mengembangkan lagi jenama kami di Asia."
Tambahnya lagi: "Ini membawa QPR di pentas global yang sangat penting untuk promosi jenama kami.
"Saya juga tidak sabar untuk ke timur Malaysia yang juga rumah kepada AirAsia. Pada pengetahuan saya, tiada siapa yang pernah ke Sabah. Saya berbangga kami tidak melupakan semua yang telah membantu mengembangkan AirAsia dengan membawa QPR ke Sabah."
Jelajah Asia itu akan bermula pada 10 Julai di Bangkok yang merupakan destinasi pertama mereka.
Selepas itu mereka akan berangkat ke Kota Kinabalu untuk sesi latihan dan
beraksi menentang pasukan pilihan Persatuan Bola Sepak Sabah pada 18 Julai di Stadium Likas, Sabah.
No comments:
Post a Comment