Tuesday, May 29, 2012

Hilang fokus berulang


Harian Metro

KESILAPAN pemain di penghujung permainan membuatkan skuad Bawah 22 tahun negara menggigit jari apabila seri 2-2 menentang pasukan pilihan Brazil pada aksi persahabatan di Budapest Hungary, kelmarin.

Biarpun mendahului dua kali dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perang Dunia kedua Laszlo menerusi jaringan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Ahmad Hazwan Bakri namun barisan Ong Kim Swee membenarkan lawan bangkit menyamakan kedudukan.


Kim Swee memuji peningkatan pemain selepas tewas kepada kelab liga utama Hungary, Ferencvaros TC 0-5, Selasa lalu namun dalam masa sama kecewa dengan masalah lama yang berulang.

“Kami boleh menang perlawanan ini tapi pemain hilang fokus pada minit akhir permainan. “Apa yang berlaku ini seperti yang terjadi ketika kalah dengan Bahrain (2-3) pada pusingan kelayakan Olimpik lalu.

“Dari segi permainan memang ada peningkatan apabila mereka berjaya mencipta peluang dan bertahan tapi pemain belum matang. “Keputusan ini bagus sebagai peringatan kepada mereka apabila mengharungi perlawanan sebenar,” katanya.

Dalam pertemuan dengan skuad pilihan Brazil yang dibarisi pemain Brazil yang beraksi dalam Liga Hungary itu, Kim Swee membuat rombakan dengan meletakkan Fandi Othman bergandingan dengan Shahrul Saad di bahagian pertahanan tengah.

Pemain kelab Portugal, S C Beira-Mar, Muhammad Nazmi Faiz Mansor pula berada di bangku simpanan dengan posisinya diisi pemain berusia 16 tahun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa.

Gol skuad negara dijaringkan Azrif pada minit ke-45 dan Hazwan minit-58.

Skuad B-22 yang kini dalam persiapan ke kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar 23 Jun ini akan beraksi menentang kelab Hungary, Honved Budapest esok bagi perlawanan terakhir di sini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...