Monday, May 14, 2012

Piala FA: 20 Mei cuti peristiwa di Kelantan




KOTA BHARU 13 Mei - Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 20 Mei ini sempena kejayaan pasukan "The Red Warriors" melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby pada Sabtu ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, keputusan memberi cuti tersebut tanpa mengira sama ada 'Si Kijang' kalah atau menang adalah sebagai hadiah kepada penyokong terutamanya bagi ribuan peminat dari negeri ini yang akan turun ke Bukit Jalil.



Abdul Fatah berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu penyokong terpaksa tergesa-gesa pulang selepas perlawanan memandangkan Ahad adalah hari bekerja bagi negeri ini.


"Menteri Besar mahu perkara ini diumumkan awal bagi membolehkan penyokong merancang perjalanan dengan sempurna.


"Cuti peristiwa ini juga adalah sebagai rangsangan dan titik mula kepada kejayaan seterusnya dalam Liga Super, Piala Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


"Kita berharap penyokong yang akan memenuhi kerusi stadium berkelakuan baik dan dapat menjaga nama negeri Kelantan," katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...