Tuesday, May 22, 2012
Ganu sedia bertempur di Kelantan
sumber: ESPNSTAR.my
Persengkataan antara Peter Butler dan Bojan Hodak jelas dalam persidangan media pada hari Selasa di Kota Bharu.
Persidangan media itu telah dibuka dengan pengawai media Kelantan mengumumkan yang kelab itu akan menghargai para peminat dengan harga tiket yang dikurangkan ke RM20 untuk perlawanan esok, sebelum tumpuan diberi kepada kehadiran Peter Butler.
Bekas jurulatih Red Warriors, Butler sepatutnya mengambil alih tugas di Terengganu FA pada 1 Jun tetapi beliau telah hadir sebagai jurulatih di sidang media bersama ketua pasukan, Sharbinee Allawee dan pengurus pasukan Dato' Che Mat Jusoh.
Jurulatih juara Piala FA Bojan Hodak pula hadir bersama Khairul Fahmi serta pengurus pasukan Azman Ibrahim dan kelihatan yakin mampu menagani ancaman oleh Butler. Walaubagaimanapun isu keletihan dan kecederaan dalam jadual yang padat mungkin akan menjejas Red Warriors.
"Saya telah memeriksa tahap kesihatan para pemain dalam sesi latihan semalam dan hari ini untuk memastikan mereka tidak mengalami keletihan kerana tiga hari kemudian kami akan bertemu Johor FC dalam liga. Ia adalah perlawanan yang penting dan kami harus memilih pemain setelah menimbang kepentingan perlawanan yang akan datang." kata Hodak.
Tetapi bekas pemain Kroatia yang berusia 41 tahun itu menambah, "Kami mempunyai kelebihan besar kerana bermain di padang sendiri. Sesiapa sahaja yang bertemu kami di sini akan menghadapi perlawanan yang mencabar."
Apabila ditanya jika kelebihan Butler adalah pengalaman beliau melatih para pemainnya, Hodak menjawab: "Jadi?"
"Untung bagi beliau telah melatih Kelantan. Saya hanya memberi tumpuan kepada pasukannya. Setakat ini, Kelantan adalah pasukan yang terbaik dan kami telah mendapat beberapa keputusan yang penting, kami telah juga memenangi Piala FA. Sesiapa yang akan datang ke Kota Bharu sepatutnya bimbang."
Jurulatih Terengganu yang akan hadir di antara para peminat esok telah berkata: "Semua tahu yang saya sentiasa yakin, itu satu sifat yang saya tidak kekurangan. Apa yang penting adalah para pemain saya mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam diri mereka. Saya mempunyai pasukan yang amat berbakat dan ini adalah peluang baik untuk kami cuba meraih kemenangan."
"Saya percaya semangat bermain sebagai satu pasukan adalah satu-satunya ciri yang Terengganu kekurangan. Sesiapa yang telah menyaksikan Terengganu dapat melihat yang mereka berbakat tetapi ia tidak cukup. Kekuatan saya adalah saya mampu menguatkan disiplin dan organisasi pasukan. Kami telah menunjukkan perubahan yang baik."
Pertembungan antara gergasi bola sepak Malaysia ini akan berlangsung esok di Stadium Sultan Mohammad IV pada 23 Mei, Rabu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment