Friday, November 2, 2012

Zaiza optimis Tok Gajah mampu raih satu gelaran


Harian Metro

PERTAHANAN Pahang, Mohd Zaiza Zainal Abidin percaya skuad Tok Gajah mampu meraih sekurang-kurangnya satu gelaran dalam saingan Liga M, musim depan.

Kehadiran tiga pemain baru, Mohd Nasril Nourdin dari Perak serta dua pemain Selangor, Mohd Razman Roslan dan Mohd Amirul Hadi Zainal mampu menambah sengat Pahang yang kembali bersaing dalam Liga Super.

Mohd Zaiza berharap persefahaman antara pemain baru dan lama akan memberi kekuatan menyekat beberapa pasukan terbaik musim 2013.


“Sebagai pemain pertahanan, saya harap prestasi cemerlang musim ini bakal berterusan tambahan pula kami bermain dalam Liga Super. Pengalaman di peringkat suku akhir Piala Malaysia musim lalu boleh dijadikan penambah semangat.

“Saya mahu rakan sepasukan memberi persembahan terbaik memandangkan sokongan terhadap skuad Tok Gajah semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaiza yang juga anak bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan mengesahkan turut menerima tawaran beberapa pasukan terutama dari Lembah Klang.

Bagaimanapun, dia tetap setia bersama skuad Tok Gajah yang banyak membantu meningkatkan kualiti permainannya.

“Saya ada menerima beberapa tawaran pasukan Liga Super tapi memilih untuk kekal bersama Pahang kerana yakin pasukan ini mampu meraih kejayaan cemerlang musim depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...