Sumber: Harian Metro
Melaka: Tiga mata berharga buat UiTM FC selepas menewaskan KL SPA
pada aksi pembukaan Liga Perdana Jumaat lalu membakar semangat pasukan
itu meraih kejayaan berdepan Johor Darul Takzim II (JDT II) di Larkin,
malam ini.
Pengurus pasukan UiTM FC, Mustaza Ahmad berkata, beliau yakin jika
pemain mampu mengekalkan rentak sama pada perlawanan lalu tidak mustahil
sekurang-kurangnya satu mata mampu diraih.
Sambil mengakui
pemainnya bakal berdepan tekanan dari skuad dan penyokong tuan rumah,
Mustaza nyata mengharapkan pemain mampu menyerap asakan selain mengintai
jaringan semangat.
“Sudah pasti UiTM FC mahu meraih tiga mata
maksimum walaupun lawan memiliki kelebihan beraksi di gelanggang
sendiri, namun pemain akan melakukan yang terbaik dalam mengimbangi
sentuhan bertenaga JDT II.
“Buat masa ini, saya berpuas hati
dengan gandingan import kelahiran Afrika, Abdi Kasim dan Obi Okechukwu
yang menunjukkan peningkatan positif selepas perlawanan berkenaan,”
katanya.
Mustaza berkata, sasaran pasukan menduduki tangga
keenam liga dan layak ke Piala Malaysia diharap mampu direalisasikan
pemain walaupun bakal mengharungi laluan sukar berdepan setiap pasukan
bersaing.
Bagi jurulatih UiTM FC, Azuan Zain, JDT II diakui
memiliki barisan mantap tambahan pula aksi malam ini di gelanggang
sendiri yang boleh menyukarkan usaha pasukan meraih tiga mata tambahan.
Menurutnya, walaupun berdepan laluan berliku, pemain bertekad berjuang
habis-habisan dalam misi mengutip kemenangan ataupun sekurang-kurangnya
satu mata berharga.
No comments:
Post a Comment