Sumber: Harian Metro
Petra Jaya: Jurulatih Kelantan, Steve Darby lega apabila anak buahnya
berjaya menewaskan Sarawak 1-0 apatah lagi apabila gol kemenangan
muncul pada minit akhir perlawanan dramatik saingan Liga Super di
Stadium Negeri, Petra Jaya, malam kelmarin.
Kemenangan tipis itu bukan saja membolehkan The Reds Warriors (TRW)
menghuni tangga teratas liga, malah melebarkan rekod cemerlang
sepanjang pertembungan tiga tahun kebelakangan ini.
Darby pada
mulanya menyangka pertembungan itu berkesudahan seri tanpa jaringan
berikutan tekanan hebat diberikan tuan rumah sehingga menyekat usaha
Kelantan melancarkan serangan.
“Amat menakjubkan apabila saya
sudah meletakkan keputusan bahawa kami akan (berkongsi mata) dengan
Sarawak kerana mereka beraksi begitu baik.
Pemain saya diberi tekanan hebat dan saya puji corak permainan semua pemain yang berjaya menjalankan tugas lebih baik.
“Perlawanan ini amat sengit apabila hanya beberapa ketika kami berpeluang mengatur serangan berbanding Sarawak.
Tapi kami berjaya menghalang walaupun mereka turut berpeluang menjaringkan gol,” katanya.
Tapi kami berjaya menghalang walaupun mereka turut berpeluang menjaringkan gol,” katanya.
Keputusan itu membolehkan Kelantan melakarkan kemenangan kedua
berturut-turut selepas menundukkan Sime Darby, 2-1 di laman sendiri
Sabtu lalu.
Ditanya Kelantan sepatutnya menguasai perlawanan
kerana memiliki kelebihan berehat panjang, Darby berkata: “Kami cuba
melakukannya tapi kami sering diasak.
Bagaimanapun, kami berjaya mengawal permainan dan ini membolehkan kami memanfaat peluang yang ada.
“Pemain bijak mengatur corak permainan dan saya memuji mereka
terutama Ahmad Fakri (Saarani) yang bermain dalam tiga posisi pada
satu-satu masa.
“Inilah dikatakan permainan profesional apabila
anda tidak seharusnya berada dalam satu-satu posisi sebaliknya boleh
berfungsi di setiap sudut.
“Kami memiliki komunikasi pemain yang baik biarpun kebanyakan muka baru.
Kami hilang tujuh pemain musim ini, tapi mereka bertindak seperti biasa untuk memburu mata kemenangan.” katanya.
No comments:
Post a Comment