Sumber: Metro Online
Johor Bahru: Siapa bakal ganti pemain import Johor Darul Takzim (DT)
Daniel Guiza yang tidak bersama skuad Harimau Selatan pada pusingan
kedua Liga Super bermula 12 April ini.
Selepas sah pemain Liga Perdana Johor Andre Francisco Da Silva
dinaikkan pangkat menggantikan Simone Del Nero, kini tumpuan terarah
mencari pengganti Guiza yang akan pulang ke pangkuan kelab lamanya
Getafe CF selepas tempoh pinjaman enam bulan dengan PBNJ berakhir Ogos
ini.
Terbaru dua nama besar meniti dibibir iaitu bekas pemain antarabangsa Republik Czech Milan Barros yang pernah beraksi untuk Liverpool FC dan Galatasaray serta bekas bintang Perancis David Trezequet yang pernah beraksi di negara ini pada saingan Piala Dunia Remaja 1997.
Difahamkan pengesahan sama ada khidmat Barros atau Trezequet yang
akan menggantikan Guiza hanya diketahui dalam tempoh terdekat ketika
pendaftaran pemain baru dibuka FAM mulai hari ini sehingga 22 April ini.
Trezequet, 35, pernah beraksi untuk skuad senior Perancis selama
10 tahun dari 1998 hingga 2008 dan anggota juara Piala Dunia 1998 selain
pernah beraksi untuk kelab AS Manaco dan Series A, Jeventus serta
dinobatkan Pemain Terbaik 2000-2001.
Manakala Barros pernah membuat penampilan bersama Liverpool dalam saingan EPL musim 2002 hingga 2005 dan Aston Villa (2005-2007) sebelum berhijrah ke kelab Lyons di Liga Perancis selama semusim (2007-2008) dan kemudiannya beraksi untuk kelab Galatasaray, Turki. Dia kini beraksi untuk kelab Banik Ostrava di Republik Czech.
Bagi Guiza yang ditemui selepas perlawanan suku akhir Piala FA menentang Selangor berharap penggantinya kelak mampu menyerlah dan membawa kejayaan gemilang.
“Siapa yang menggantikan saya nanti mesti beri sumbangan terbaik.
Saya akan pulang semula ke Getafe CF dan akan kembali beraksi Julai ini.
Apapun saya berterima kasih kepada pengurusan PBNJ dan penyokong yang
memberi sokongan kuat sepanjang berada bersama pasukan yang saya anggap
antara terbaik di Malaysia,” kata Guiza.
No comments:
Post a Comment