Saturday, April 13, 2013

Kelantan guna ‘senjata baru’

Sumber: Metro Online
 
Kelantan bakal menurunkan dua penggempur baru iaitu Ahmad Fakri Saarani dan penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme dalam misi membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan pendaftaran dua pemain itu.


Ia menyaksikan kedudukan penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou dirampas Nwakaeme dan bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos terus kempunan untuk beraksi dalam saingan Liga Super.


Kehadiran Ahmad Fakri dan Nwakaeme dijangka menajamkan jentera serangan sekali gus melaungkan amaran Red Warriors (TRW) akan bangkit pada pusingan kedua Liga Super.

Ahmad Fakri berkata, walaupun berdepan ATM pada aksi sulungnya, dia tidak menganggap ia satu bebanan.

Katanya, jika tersenarai dalam kesebelasan utama, pemain berasal dari Kota Bharu itu nekad mempamerkan aksi terbaik.
“Saya teruja untuk beraksi dan sudah serasi bersama rakan sepasukan.

“Saya sedia menjalankan tugas jika jurulatih menyenaraikan saya malam esok (malam ini). Sudah lama saya tunggu untuk memulakan aksi dalam liga tempatan,” katanya.

Menurutnya, dia optimis Kelantan mampu bangkit pada pusingan kedua untuk menerajui kembali Liga Super sekali gus mempertahankan kejuaraan.

“Dengan perancangan rapi pengurusan dan kerja keras pemain, saya yakin TRW mampu mempertahankan kejuaraan.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...