SELEPAS kehilangan Mohd Shukor Adan dan Mohd Farizal Marlias, pemain pertahanan Felda United FC, Abd Ghani Abd Rahman dan penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad antara pemain luar terbaru disebut-sebut bakal menyarung jersi Negeri Sembilan pada Liga Malaysia 2013.
Kedua-dua pemain itu dijangka mengisi kekosongan ditinggalkan Shukor yang berpindah ke pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mohd Farizal yang beralih angin ke Perak.
Berbanding Abd Ghani, Mohd Hamsani tidak asing bagi Negeri Sembilan kerana penjaga gol berpengalaman berasal dari Labu, Seremban itu pernah beraksi dengan skuad berkenaan sejak 2000 sebelum menyertai Perak, diikuti Selangor dan terakhir, Felda United FC.
Sebelum ini, bekas kapten dan penyerang Johor FC, Eddy Helmi Manan dan Azmeer Yusoff dari Pos Malaysia, antara pemain luar yang disahkan bersama skuad Hoben Jang Hoben.
Sementara itu, bekas jurulatih kelab bola sepak Persebaya FC, Indonesia, Divaldo Elves, dijangka mengisi tempat ditinggalkan Mohd Azraai Khor Abdullah sebagai ketua jurulatih skuad itu.
No comments:
Post a Comment