Wednesday, October 31, 2012

Pemain KL pikat Yee Fatt


Harian Metro

SEORANG pemain dari skuad Liga Super Kuala Lumpur adalah antara lima yang dikesan mempunyai kredibiliti untuk menyarung jersi Seladang semasa tiga ujian pemilihan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berakhir di Ipoh, Ahad lalu.

Penolong jurulatih Perak, Chong Yee Fatt bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka kerana segala-galanya masih bergantung kepada ketua jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah untuk membuat keputusan muktamad.


“Pemain itu adalah antara beberapa pemain berpotensi yang dikesan semasa ujian baru-baru ini. Mereka kini berlatih bersama pasukan.

“Namun mereka akan terus diuji oleh ketua jurulatih yang memulakan tugasnya secara rasmi Khamis ini,” katanya.

Yee Fatt yang mengetuai panel pemilihan ujian mengakui tidak ramai pemain Liga Super dari negeri lain yang hadir menjalani ujian pemilihan itu pada 20 dan 21 Oktober lalu itu.

“Tidak ramai yang hadir. Kami hanya senarai pendekkan lima nama. Mungkin bagi pemain yang ada nama, berasa tidak wajar untuk hadir ujian,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...