Sumber: arena.my
Pasukan Kelantan dan ATM mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012 apabila wakil dari kedua-dua pasukan itu memenangi pelbagai anugerah yang ditawarkan.
Pasukan Kelantan dinobatkan Persatuan Bola Sepak Terbaik, manakala dua pemainya turut meraih anugerah masing-masing.
Khairul Fahmi Che Mat menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Norshahrul Idlan Talaha dipilih sebagai Penyerang Terbaik buat kali ketiga berturut-turut selain menerima Anugerah Supermokh, iaitu Pemain Paling Bernilai.
Sementara itu, empat anugerah telah diterima pihak ATM iaitu menerusi B. Sathianathan (Jurulatih Terbaik), Aidil Zafuan (Pertahanan Terbaik), Marlon Alex James (Pemain Import Terbaik) serta penyokong ATM (Kelab Penyokong Terbaik).
Pemain kebangsaan, Safiq Rahim menjadi wakil tunggal daripada pasukan Selangor menerima anugerah apabila dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.
Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012:-
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi
Pemain Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan
Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim
Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha
Pemain Harapan: Rozaimi Abdul Rahman
Pemain Paling Bernilai (Anugerah Supermokh): Norshahrul Idlan Talaha
Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James
Jurulatih Terbaik: B. Sathianathan
Persatuan Bolasepak Terbaik: Kelantan FA
Kelab Terbaik: Sime Darby FC
Anugerah Penyokong Terbaik: Kelab Penyokong ATM
Pengadil Terbaik: Nafiz Abdul Wahab
No comments:
Post a Comment