Sunday, October 28, 2012

Perak sambar Azidan Sarudin dan S. Chanturu


Pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin, 26, menjadi pemain luar yang ketujuh diikat oleh Perak bagi Liga Super musim 2013 akan datang.

Pengurus Pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengesahkan pengambilan Azidan bagi menguatkan bahagian tengah bersama-sama Shahrulnizam Mustapa.

Sebelum ini, penyerang Kelantan, S. Chanturu menjadi pemain keenam yang diikat oleh Perak walaupun masih menghadapi masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun Perak tetap percaya Chanturu mampu pulih daripada kecederaannya dan mampu memulakan latihan bersama-sama pemain lain pada bulan Disember ini.



Sebelum ini, skuad Seladang sudah menyambar lima pemain luar iaitu Mohd Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, Yong Kuong Yong, V.Thirumurugan dan Mohd Khairi Kiman.

Perak semakin rancak menyambar pemain luar setelah menggugurkan 13 pemain yang gagal mempamerkan persembahan berkesan musim lalu.

Jurulatih baru Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah dijangka membawa beberapa pemain lagi untuk beraksi bersama-sama Perak kelak.

Azraai akan bersama-sama para pemain skuad Seladang pada bulan November nanti.

Sementara itu, sesi pemilihan pemain Liga Super dalam kalangan pemain tempatan telah diteruskan di Padang Ipoh hari ini.

Sebelum ini, lebih 70 pemain telah menghadiri sesi pemilihan yang dijalankan pada 20 dan 21 Oktober yang lalu.

Sesi pemilihan tersebut diselia oleh penolong pengurus skuad Liga Super, Ishsam Shahrudin yang dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Perak (Pafa).

Penolong jurulatih Liga Super, Chong Yee Fatt mengendalikan sesi pemilihan bersama-sama Syamsol Saad dan jurulatih Piala Presiden, Abu Bakar Fadzim.

Artikel asal di PerakNews.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...