Tuesday, October 30, 2012

12 pasukan Liga Super musim depan bersih


Harian Metro

DUA belas pasukan elit yang akan bersaing dalam Liga Super musim depan didapati ‘bersih’ oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana tidak terbabit dengan isu gaji pemain tertunggak.

Sebaliknya kes gaji pemain tertunggak kini hanya membabitkan tiga pasukan Liga Perdana dan mereka masih mempunyai masa untuk menyelesaikannya sebelum tarikh tutup penyertaan pada 23 November depan.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkan perkara itu berkata, pasukan yang bermasalah itu perlu melangsaikan tunggakan gaji pemain bagi mengelak daripada digantung.


“Setakat ini masih ada dua hingga tiga pasukan yang masih belum membayar gaji pemain yang tertunggak. dan mereka kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu kerana mahu beraksi dalam Liga Malaysia tahun “Tapi pasukan yang bermasalah ini bukan dari Liga Super,” katanya yang enggan mendedahkan nama pasukan yang gagal membayar gaji pemain itu.

Pasukan yang bakal mengharungi kempen Liga Super musim 2013 adalah juara bertahan, Kelantan, Selangor, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, LionsXII, ATM, PKNS FC, Felda United, T-Team dan Johor FC.

Hamidin yang ditemui pada Majlis Taklimat Liga Malaysia 2013-2016, berkata tindakan menggantung pasukan yang gagal melunaskan gaji tertunggak itu hanya akan dilakukan kepada pasukan yang tidak membayar pemain lebih daripada tiga bulan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM berkata, selain masalah tunggakan gaji, FAM juga akan memotong geran tahunan, hadiah wang tunai dan wang deposit penyertaan kepada pasukan yang gagal menyelesaikan masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Cukai Pendapatan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...