Monday, October 29, 2012

Fauzi belum muktamad arah tuju


Harian Metro

PENYERANG Johor, Mohd Fauzi Kasim masih belum menentukan arah tujunya musim depan selepas kontraknya bersama pasukan Liga Perdana itu berakhir, musim ini.

Bagaimanapun, tetap menaruh harapan untuk beraksi musim depan tanpa mengira pasukan kerana yang penting mahu berkongsi pengalaman dengan skuad barunya itu. Fauzi berkata, antara pasukan yang menjadi pilihannya termasuk Perlis dan Felda United selain beberapa kelab lain yang menunjukkan minat menggunakan khidmatnya.


Malah, anak kelahiran Melaka itu juga tidak menolak kemungkinan kembali menyarung jersi Hang Tuah musim depan selepas meninggalkan skuad itu pada 2009.


Baginya, ruang kembali ke Melaka tetap ada kerana ingin berbakti bagi melonjakkan pasukan itu kembali berada di peringkat tertinggi selepas beraksi di Liga FAM.

Bagaimanapun, menurutnya, Melaka memerlukan beberapa pemain berpengalaman terutama anak negeri itu untuk membawa pasukan berkenaan beraksi dalam Liga Perdana bagi musim 2014.

“Apapun saya rasa agak sukar untuk pemain kelahiran negeri ini yang beraksi dengan pasukan terbaik Liga Malaysia, seperti Shukor Adan, Rashid Mahmud (Negeri Sembilan) Azizan Baba (Sarawak) serta Farderin Kadir (Felda United) untuk kembali.

“Tapi, Munir Amran (Johor FA) ada menyuarakan minat kembali ke Melaka tapi semuanya bergantung kepada pengurusan baru,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...