Saturday, October 27, 2012

Pahang tak sambung kontrak Inez, Kochkin


Harian Metro

JODOH dua pemain import Pahang, Maycon Carvalho Inez dari Brazil dan Boris Kochkin dari Russia tidak panjang apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) memutuskan tidak menyambung kontrak dua pemain itu.

Setiausaha PBNP, Fuzzemi Ibrahim, berkata biarpun kontrak dua pemain itu berakhir 31 November depan, pihaknya melepaskan mereka lebih awal bagi memudahkan mereka mencari pasukan baru.




“Kita akan mencari pemain import baru untuk memantapkan persembahan pasukan. Kita akan bersaing dalam Liga Super musim 2013 dan justeru, kita perlukan pasukan mantap,” katanya.

Pada awal musim lalu, Pahang pernah mengikat dua pemain import lain iaitu Nana Yaw dari Ghana dan Eduaard Sakhnevich dari Russia namun kedua-duanya tidak dapat menyesuaikan diri dengan pemain lain dan digantikan dengan Maycon serta Kochkin.


Namun, Inez dan Kochkin juga dianggap gagal membantu jentera serangan dan tengah pasukan sekali gus memaksa PBNP memburu pemain import baru pada musim depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...