Monday, March 24, 2014

Import tak hebat

Sumber: Harian Metro

Kuala Terengganu: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagaikan hilang sabar terhadap dua penyerang importnya, Mamadou Hady Bary dari Guinea dan Marcio Souza (Brazil) terutama selepas gagal membantu pasukan menewaskan Sime Darby, kelmarin.

Lebih mengecewakan, penyerang dari Guinea itu gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Terengganu tewas 2-3 kepada pendatang baru Liga Super itu.



Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata, kegagalan dua penyerang import itu beraksi dengan baik mencetuskan persoalan bukan hanya kepada peminat malah pihak pengurusan.

“Sebagai pemain profesional, mereka sepatutnya memperagakan aksi terbaik bagi membantu pasukan tetapi harapan itu tidak menjadi kenyataan.

“Kekalahan ini boleh saya simpulkan berpunca daripada ketidakupayaan dua pemain import itu beraksi dengan baik selain tidak berfungsi sebagai penyerang untuk meledak jaringan.

“Ini masalah besar Terengganu hingga corak diterapkan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim kurang efektif biarpun deretan peluang dimiliki kedua-dua pemain,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...