Sunday, January 30, 2011

N. Sembilan langkah kanan

KUALA LUMPUR - Juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan mengorak langkah kanan dalam Liga Super 2011 dengan menumpaskan Harimau Muda A 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam.

Biarpun menunggu sehingga baki tiga minit permainan, anak buah Wan Jamak Wan Hassan terselamat dengan jaringan tunggal Shaffik Rahman, sekali gus menghampakan skuad Bawah 22 negara untuk mencuri satu mata.
Tiga mata turut digenggam satu lagi tuan rumah, Pahang selepas menumpaskan Perlis 3-1 diStadium Darul Makmur, Kuantan hasil jaringan Saiful Nizam minit ke-14, sepakan penalti R. Surendren (42) dan Mohd. Alafi Mahmud (73).
Namun, Singa Utara sempat mengejutkan Tok Gajah yang diterajui Dollah Salleh dengan jaringan pendahuluan oleh bekas pemain Kedah, Samransak Kram pada minit ke-10.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, tuan rumah terlepas tiga mata apabila diikat Perak 1-1 biarpun mendahului menerusi Mohd. Badrul Hisyam Azmi pada minit ke-12 sebelum disamakan oleh Shafiq Jamal, minit ke-66.
Tiga keputusan seri tanpa jaringan pula tercatat dalam perlawanan Terengganu-Sabah diStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu; Johor FC-Felda United di Stadium JCorp, Pasir Gudang dan Kedah-T-Team di Stadium Darulaman, Alor Setar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...