Thursday, August 2, 2012

Kelantan dalam kumpulan maut


gambar kredit : FB Jengking Fan Club

artikel sumber: espnstar.my

Kelantan telah diundi dalam kumpulan maut bersama dengan Kedah, ATM dan Terengganu untuk saingan Piala Malaysia 2012.

Undian Piala Malaysia 2012 yang diadakan di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur pada jam 6 petang tadi dihadiri oleh kapten pasukan, jurulatih dan pegawai Liga Malaysia.

Kelihatannya pasukan jemputan dan Naib Juara Liga Super, LIONSXII mempunyai laluan mudah apabila diundi bersama dua pasukan dari Johor, Johor FA dan Johor FC serta Selangor PKNS.


Sementara itu, Juara Piala Malaysia tahun lepas, Negeri Sembilan telah diundi dalam Kumpulan C bersama dengan Perak, Felda United dan Naib Juara Piala FA 2012, Sime Darby FC.

Bagi Kumpulan D, Selangor yang kini dalam 'Misi 33' untuk mendapatkan kejuaraan Piala Malaysia yang ke-33 telah diundi dengan T-Team, Sarawak dan Pahang.

Juara Liga Super Malaysia dan Piala FA 2012, Kelantan telah diundi dalam kumpulan maut bersama dengan Kedah, Naib Juara Piala Malaysia 2011 Terengganu dan Juara Liga Perdana tahun ini, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengurus Kelantan, Haji Azman turut mengakui bahawa Kelantan akan berhadapan cabaran sukar dalam Piala Malaysia setelah diundi dalam kumpulan maut memandangkan mereka juga akan beraksi dalam saingan Piala AFC menentang Al-Arbil pada bulan September ini.

Piala Malaysia 2012 akan berlangsung pada 22 Ogos ini hingga 20 Oktober.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...